KESAN TOMPOKAN AIR PADA SILING | Belajar Mengecat

KESAN TOMPOKAN AIR PADA SILING



Pernah tak berlaku, masa anda tengah baring-baring dalam rumah anda tiba-tiba anda terperasan satu tompokan kecil, seperti kesan air pada siling rumah anda? Pada masa tu mungkin anda fikir "sikit je ni..". Selepas beberapa hari kemudian, anda lihat kesan tompokan air tersebut makin besar.


Ini menunjukkan kemungkinan besar terdapat keocoran air dalam rumah anda. Terdapat beberapa punca utama terdapat kesan tompokan air pada siling rumah anda.


1. Genting Bumbung Pecah / Tidak Rapat.
Punca utama yang semua orang akan fikir ialah bumbung rumah anda bocor. Betul. Sekiranya bumbung rumah anda bocor sudah tentulah air hujan akan masuk dan terus ke siling rumah anda,


Sekiranya anda mempunyai tangga yang panjang boleh lah cuba-cuba untuk naik ke dalam ruang bumbung. Jangan sekali naik sekiranya anda takut dengan ketinggian dan anda mesti tahu mana tempat yang anda boleh pijak dan mana tempat yang tidak.


Sekiranya terdapat lubang pada bumbung anda, anda akan dapat lubang-lubang cahaya pada bumbung. Jadi dinasihatkan untuk naik pada waktu siang untuk perhatikan lubang cahaya ini. Sediakan tuala untuk lap peluh kerana memang sangat panas.


2. Terdapat Backflow Air Hujan.
Kadang-kala, bumbung rumah anda tidak ada lubang tetapi air hujan tetap masuk melalui air celah-celah genting bumbung,


Perkara ini adalah disebabkan oleh berlakunya backflow air hujan pada bumbung. Apabila air hujan tidak boleh mengalir ke bawah, ia akan naik semula ke atas dan memasuki ruang celah-celah genting bumbung.


Perkara ini biasanya disebabkan oleh :

- Terdapat sampah-sarap di atas bumbung anda terutama daun-daun pokok.
- Darjah kecondongan bumbung tidak mencukupi.
- Angin yang terlalu kuat.

3. Kerosakan Pada Tanki Air.

Pada kebiasaannya tangki air bagi kebanyakan rumah di Malaysia di pasang di dalam bumbung. Ini adalah kerana terdapat ruang yang besar di dalam bumbung yang tidak sesuai untuk dijadikan bilik kerana terlalu panas,


Tangki air ini boleh mengalami kerosakan seperti :

- Bocor pada tangki air.
- Bocor pada paip agihan.
- Paip limpah gagal berfungsi.
- Berlaku limpahan air pada tangki kerana ball valve rosak.


4. Air Mengalir Melalui Konduit Pendawaian Elektrik.
Sekiranya kesan tompokan air berlaku berhampiran dengan lampu atau kipas, ada kemungkinan ianya mengalir melalui saluran paip pendawaian. Perkara ini adalah sangat berbahaya kerana air adalah pengalir elektrik anda boleh terkena renjatan elektrik.

Sekiranya perkara ini berlaku segera matikan circuit breaker dan hubungi orang yang pakar untuk membaiki perkara ini dengan segera. Jangan sesekali cuba untuk membaiki sendiri melainkan anda berpengetahuan dalam bidang ini.


5. Haiwan Perosak.
Haiwan perosak seperti tikus dan kelawar memang gemar untuk menjadi penghuni di dalam bumbung, Haiwan ini menghasilkan sisa buangan seperti kencing dan najis yang akan memberikan kesan pada jubin rumah anda.

Jika terdapat kesan tompokan air di dalam rumah anda, jangan berlengah dan segera mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum ia menjadi serius dan anda terpaksa mengeluarkan belanja ribuan runggit.


Hafiz Ahmad
Ditulis oleh Hafiz Ahmad

Seorang yang suka teh 'o' suam ketika menonton bolasepak, beliau juga aktif membantu mereka yang inginkan kediaman impian dengan kos yang minimum . ''

Powered by Blogger.