KERJA LEBIH KEMAS DENGAN 4 STEP INI | Belajar Mengecat

KERJA LEBIH KEMAS DENGAN 4 STEP INI

Cara Simple Cat Tidak Menitis Dan Comot


Letakkan getah yang tebal sikit dari biasa pada tin cat anda, dan setiap kali nak lakukan sapuan mengecat, anda sapukan berus cat pada getah tersebut supaya cat tidak menitis, dan kerja anda lebih kemas



Aluminium Protection


Apa yang bagusnya kertas timah ini ialah ia boleh di jadikan pembalut, kerana sifatnya yang mudah di bentuk mengikut acuan, tiada masalah untuk cat terkena pada bahagian yang tak sepatutnya. Anda boleh teruskan mengecat dengan selesa dan kemas


Vaseline protection


Vaselin boleh di gunakan dengan berkesan ketika mengecat, sudah tentu anda tak mahu cat terkena pada bahagian yang tak sepatutnya, nanti comot dan tak cantik hasilnya kan, letakkan vaselin pada tempat yang tak perlu cat, selesai mengecat anda hanya lap sahaja vaselin tadi, simple kan? so, anda boleh amalkan sekarang :)


Aluminium Protection


Jika anda nak mengecat pelbagai warna dalam satu masa, anda wajib guna teknik ini. Anda balutkan bekas cat anda dengan aluminium foil ini, supaya apabila anda nak tukar warna lain, anda hanya perlu buang sahaja aluminium ini dan balutkan dengan yang baru


Hafiz Ahmad
Ditulis oleh Hafiz Ahmad

Seorang yang suka teh 'o' suam ketika menonton bolasepak, beliau juga aktif membantu mereka yang inginkan kediaman impian dengan kos yang minimum . ''

Powered by Blogger.